07 September 2010

ROKOK ! ......... bILA LaGI NAK BERHENTI ?

Seorang BUDAK lelaki di Sumatera, Indonesia berusia dua tahun, Ardi Rizal yang mengejutkan dunia kerana menghisap 40 batang rokok sehari, akhirnya dapat menghentikan tabiatnya itu, kata seorang pegawai kebajikan kelmarin.



Dia berjaya meninggalkan tabiatnya itu selepas mendapat rawatan rapi di sebuah hospital di sini sejak Julai lalu dengan ditemani ibunya.
Sebelum ini klip video yang menunjukkan kanak-kanak itu menghisap rokok disiarkan di Internet pada Mei lalu.

01 September 2010

Ramadhan Beransur Kembali...... Semoga Kita Bersama Kembali.


Dua tetamu sedang berjalan di hadapan anda yang sedang menunggu di pintu rumah.  Ramadhan yang lebih mulia berjalan di hadapan sementara Syawal berjalan di belakang.  Siapa yang patut di alu-alukan  dahulu ? Tentu yang di hadapan iaitu Ramadhan - bukan sahaja kerana kemuliaannya tetapi kerana  dia berada di hadapan. Tentu kurang beradab jika mengalu-alukan  Syawal  yang  di belakang  tetapi buat  indah tak indah  dengan  yang di hadapan...



Begitulah kita selalunya.  Puasa baru bermula, sudah sibuk nak raya.  Puasa baru sehari dua, lagu-lagu Selamat Hari Raya dah berkumandang. Kad ucapan Hari Raya dah bertimbun. Ada yang dah sibuk membeli belah. Nampak sangat gopohnya kita nak raya dan seolah-olah berkata kepada Ramadhan yang mulia... cepat-cepatlah pergi!


17 August 2010

MEMBINA KETAHANAN JIWA DI MADRASAH RAMADHAN


BERPUASA Ramadan bukan sekadar berlapar atau dahaga, malah mempunyai rahsia dan nikmat lebih daripada itu. Dr Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.


Menguatkan Jiwa
Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.
Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya, bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi. Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia pada kesesatan.

01 August 2010

Duri Oh Yan .. Duri dalamnya berlian...DURIAN di SMKBS .



Tuan puan dijemput menikmati buah-buah kurniaan 
ALLAH....






02 July 2010

Pakar matematik tolak lagi hadiah AS$1 juta


NEW YORK - Pakar matematik Rusia yang gemar bersendirian, Grigory Perelman, menolak satu lagi hadiah berjumlah AS$1 juta (RM3.2 juta) setelah dia meraih populariti global kerana memberi jawapan mengenai masalah matematik dikenali sebagai tekaan Poincare yang dianggap mustahil untuk diselesaikan.


18 June 2010

Deman bola ..... hidupkan BOLA !!.

Deman bola telah bermula. Di pejabat, Restotan berbintang, Kedai kopi, Pasar ..bahkan ada juga di surau ... bola...bola . bola ! BERJAYAnya penganjur ...demi FULUSnya.

 Seluruh dunia di tangan mereka.. dengan sebiji BOLA

Palestin ..Semangat Jihadnya .. sunyi seketika ?.......Berjayanya  MEREKA.

  
PAHIT tetapi REALITInya ada kebenaran...

08 June 2010

Cuti Sekolah.!....Kenduri Kahwin ....Walimatul Urus @ Kesyukuran ?

Sudah 5 hari cuti sekolah bermula . Hari-hari terpaksa berkira ke majlis kenduri mana yang perlu didahului. Apa tidaknya ada yang sampai 15 hingga 20 jemputan.Tambah bermasalah pula jika sehari ada 4 atau 5 undangan ---mana satu yang hendak dihadiri atau tak hadir !.... Ada yang berlabel :`walimatul urus`dan `Undangan Perkhawinan` - Jenis ini kena `bersalam` dengan `Tuan majlis` dengan tangan berisi sekurang-kurangnya RM 10. Kalau 10 majlis walimatul urus` atau `Undangan Perkhawinan` bermakna RM 100 perlu disediakan….Kalau padi tak menjadi atau hari hujan tak boleh menoreh Parah dibuatnya…… Berbeza dengan Majlis kesyukuran tak perlu bersalam berlapik RM,. Rasanya inilah yang dimaksudkan dan dianjurkan oleh Rasulullah.

sebahagian dari kad jemputan...

Kenduri kahwin itu sunat muakkad berdasarkan hadith Rasulullah yang mana ketika Abdurrahman bin ‘Auf hendak berkahwin Baginda bersabda
Buatlah kenduri walapun seekor kambing”.