Dua tetamu sedang berjalan di hadapan anda yang sedang menunggu di pintu rumah. Ramadhan yang lebih mulia berjalan di hadapan sementara Syawal berjalan di belakang. Siapa yang patut di alu-alukan dahulu ? Tentu yang di hadapan iaitu Ramadhan - bukan sahaja kerana kemuliaannya tetapi kerana dia berada di hadapan. Tentu kurang beradab jika mengalu-alukan Syawal yang di belakang tetapi buat indah tak indah dengan yang di hadapan...
Begitulah kita selalunya. Puasa baru bermula, sudah sibuk nak raya. Puasa baru sehari dua, lagu-lagu Selamat Hari Raya dah berkumandang. Kad ucapan Hari Raya dah bertimbun. Ada yang dah sibuk membeli belah. Nampak sangat gopohnya kita nak raya dan seolah-olah berkata kepada Ramadhan yang mulia... cepat-cepatlah pergi!
Ghairah nak kan kuih sedap, ada ibu bapa yang sanggup minta anak berbuka puasa untuk merasa kuih masakannya. Ada yang berbuka lepas azan Zohor akibat lelah selepas mengacau dodol. Saf-saf sembahyang terawih kian susut. Lailatul Qadar dah dimeriahkan dengan api pelita , bukan pelita hati. Roh Ramadhan dilayukan dengan semangat raya.
Orang-orang soleh dahulu sayu apabila Ramadhan berlalu. Hati mereka merintih, bagaimana dengan puasa yang akan dipersembahkan kepada Allah? Takut Puasa sekadar lapar dahaga? Sedangkan hati, akal, nafsu masih bermaharajalela? Mereka mula bimbang, kerana sebaik Syawal menjelang, musuh ketat yang dirantai dibebaskan semula. Syaitan mula beroperasi semula. Kalau semasa Ramadhan, melawan nafsupun tewas, apalagi bila nafsu dan syaitan bekerjasama. Nikotin rokok mula menguasai mereka kembali …. Bila cukup masa nikotin akan mengarahkan mereka menambahkan kembali ke dalam darah .. mereka akur dan tewas ! Mulut dan hidung kembali berasap !,,,,, Dimana berkesannya madrasah ramadhan … sembahyang sunat entah kemana – dhuha &tahjud hilang sudah tiada. Tadarus quran sudah selesai…. .tunggu pula tahun depan. Ada lagi ke tahun depan ?
Sepatutnya bila takbir raya bergema, kita menangis hiba. Syukur berpadu sayu. Syukur - kerana Allah masih izinkan mereka menyambut hari kemenangan walaupun merasa gagal berpuasa dalam ertikata yang sebenarnya. Kita patut malu kepada Allah kerana menerima kurnia yang tidak layak mereka terima. Terasa bagaikan anak nakal yang diberi hadiah oleh ibu bapanya - Sudah tahu gagal berpuasapun tetapi beraya macam menang. Sebab itu bila merayakan Hari Raya makin jelas ' kekalahan-kekalahan' kita. Orang sepatunya bersyukur dengan sembahyang. Tetapi ramai dikalangan kita menyanyi dan berjoget. Pendedahan aurat, pergaulan bebas dan macam-macam kemungkaran berlaku atas nama Hari Raya. Program diatur atas nama Hari Raya. Sedangkan berhari raya itu satu ibadat bukan pesta maksiat dan pesta setan.
Nikmat Allah kita kufuri. Lalu Hari Raya, menjadi hari melahirkan 'kekufuran' (kederhakaan). Hakikatnya, arus nafsu hanya diempang sepanjang Ramadhan, untuk dialir selaju-lajunya di Hari Raya.
Kalau begini, selamatkah kita di Hari Raya? Ya, 'hari' raya dah tentu selamat tetapi 'orang' yang beraya belum tentu selamat. Bukan saja selamat tak terlibat dengan kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik ke kampung dunia tetapi selamatkah kita pulang di kampung Akhirat? Justeru selamatnya kita di sana, ada kaitannya dengan cara kita berpuasa dan menyambut Hari Raya di sini. Di sanalah (Akhirat) hakikat Hari Raya yang sebenarnya.
`SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA – MAAF ZAHIR BATIN`
No comments:
Post a Comment