Sudah 5 hari cuti sekolah bermula . Hari-hari terpaksa berkira ke majlis kenduri mana yang perlu didahului. Apa tidaknya ada yang sampai 15 hingga 20 jemputan.Tambah bermasalah pula jika sehari ada 4 atau 5 undangan ---mana satu yang hendak dihadiri atau tak hadir !.... Ada yang berlabel :`walimatul urus`dan `Undangan Perkhawinan` - Jenis ini kena `
bersalam` dengan `Tuan majlis` dengan tangan berisi sekurang-kurangnya RM 10. Kalau 10 majlis walimatul urus` atau `Undangan Perkhawinan` bermakna RM 100 perlu disediakan…
.Kalau padi tak menjadi atau hari hujan tak boleh menoreh Parah dibuatnya…… Berbeza dengan Majlis kesyukuran tak perlu bersalam berlapik RM,. Rasanya inilah yang dimaksudkan dan dianjurkan oleh Rasulullah.
sebahagian dari kad jemputan...
Kenduri kahwin itu sunat muakkad berdasarkan hadith Rasulullah yang mana ketika Abdurrahman bin ‘Auf hendak berkahwin Baginda bersabda
“Buatlah kenduri walapun seekor kambing”.
Dan Baginda mengadakan kenduri apabila berkahwin dengan menjamu makanan dengan kemampuannya. Imam Ahmad di dalam kitab musnadnya daripada Buraidah Radiyallahu’anh berkata : ketika aku bertunang dengan fatimah maka sabda Rasulullah :
“Sesungguhnya hendaklah engkau mendirikan kenduri kahwin”
Adapun, menghadiri jemputan adalah sunat selagi kenduri tersebut tidak menyalahi syara’ (syariat Islam), maka waktu tersebut di galakkan menghadiri jemputan. Malah, ada ulama mengatakan wajib menghadirinya sekiranya tiada halangan untuk hadir ke majlis tersebut berdasarkan riwayat Imam Bukhari daripada Ibn ‘Umar bahawa Rasulullah bersabda
“Apabila di jemput oleh saudaramu ke kenduri kahwin maka hadirilah”.
Di dalam hadith yang lain riwayat Bukhari juga daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda :
“Sesiapa tinggalkan jemputan tersebut, dia melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul”
Pendapat ulama yang lain ialah menghadiri jemputan kenduri kahwin adalah fardhu kifayah. Ertinya jika salah seorang saudara muslim kita hadir, maka gugurlah dosa muslimin yang lain. Ini adalah berlaku ketika kita di jemput secara khusus.
Dan kenduri yang dibenci oleh Islam ialah menentukan jemputan hanya kepada orang yang kaya tanpa melibatkan orang fakir miskin. Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah bersabda
“Seburuk-buruk makanan kenduri kahwin itu dihalangnya orang yang mahu datang dan memanggil orang yang enggan datang. Dan barangsiapa yang tidak menghadiri jemputan tersebut, dia melakukan maksiat kepada Allah dan RasulNya “
gambar hiasan saja...
Hukum wajib itu bergantung kepada :
1) Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.
2) Orang yang dijemput adalah menyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.
3) Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.
4) Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram.
5) Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir.
Kesimpulannya, hukumnya wajib atas setiap orang yang mendapat jemputan ke majlis kenduri perkahwinan untuk menghadirinya jika tidak terdapat satu daripada perkara yang bercanggah dan bertentangan dengan syarat-syarat yang disebutkan.
Kalau dalam sehari ada dua tiga jemputan, seboleh-bolehnya hendaklah menghadiri jemputan itu. Kalau tidak, hendaklah hadir ke majlis jemputan yang lebih awal diterima.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete