Showing posts with label Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Masyarakat. Show all posts

24 January 2012

Muda & Dewasa .... Malam & Siang.

 Kisah 1

Muda dan Remaja ~ cara kerja ,cara berfikir dan tindakan mereka berbeza.. Ini agaknya yang mereka minat.. dicari segala alasan dan hujah yang menyokong minat mereka.. Hiburan tidak haram..asalkan tidak melalaikan... senikatanya tidak mengarut dan menyampaikan nasihat yang baik..... dan pelbagai alasan... muda usia , muda pengalaman  dan  mungkin juga muda iman... !

Video kegemaran mereka :




Kisah 2

Menarik  , Seronok & Kagum ......melihat  perubahan malam dan siang . Adakah ianya berlaku begitu saja ! ..... Bumi, matahari dan planet berpusing dan beredar pada laluannya.. patuh dan setia pada arahanNya. Maka KAYA dan BERKUASA pencipta dan penguasaNYA.

Pemandangan  matahari terbit.....








Kisah 3

Bila  usia meningkat, pengalaman bertambah .. harap iman pun  bertambah dewasa... lain pula minat dan tindakan mereka .. Cerita ini lebih menarik perhatian mereka :



Semoga direstui dan diberkatiNya


20 November 2010

ABE CIK WAT MASJID DI GRIK.....

Bersiap nak bertolak .. 7.30 am
 

 aku sorang kena tinggal..spm punya pasal !

 aku boleh gi !

01 August 2010

Duri Oh Yan .. Duri dalamnya berlian...DURIAN di SMKBS .



Tuan puan dijemput menikmati buah-buah kurniaan 
ALLAH....






18 June 2010

Deman bola ..... hidupkan BOLA !!.

Deman bola telah bermula. Di pejabat, Restotan berbintang, Kedai kopi, Pasar ..bahkan ada juga di surau ... bola...bola . bola ! BERJAYAnya penganjur ...demi FULUSnya.

 Seluruh dunia di tangan mereka.. dengan sebiji BOLA

Palestin ..Semangat Jihadnya .. sunyi seketika ?.......Berjayanya  MEREKA.

  
PAHIT tetapi REALITInya ada kebenaran...

08 June 2010

Cuti Sekolah.!....Kenduri Kahwin ....Walimatul Urus @ Kesyukuran ?

Sudah 5 hari cuti sekolah bermula . Hari-hari terpaksa berkira ke majlis kenduri mana yang perlu didahului. Apa tidaknya ada yang sampai 15 hingga 20 jemputan.Tambah bermasalah pula jika sehari ada 4 atau 5 undangan ---mana satu yang hendak dihadiri atau tak hadir !.... Ada yang berlabel :`walimatul urus`dan `Undangan Perkhawinan` - Jenis ini kena `bersalam` dengan `Tuan majlis` dengan tangan berisi sekurang-kurangnya RM 10. Kalau 10 majlis walimatul urus` atau `Undangan Perkhawinan` bermakna RM 100 perlu disediakan….Kalau padi tak menjadi atau hari hujan tak boleh menoreh Parah dibuatnya…… Berbeza dengan Majlis kesyukuran tak perlu bersalam berlapik RM,. Rasanya inilah yang dimaksudkan dan dianjurkan oleh Rasulullah.

sebahagian dari kad jemputan...

Kenduri kahwin itu sunat muakkad berdasarkan hadith Rasulullah yang mana ketika Abdurrahman bin ‘Auf hendak berkahwin Baginda bersabda
Buatlah kenduri walapun seekor kambing”.

01 June 2010

Pra Piala Thomas 2020 D`Cerang

Adik Azam  memang berazam menjadi juara !!!

Jangan bimbang kalah pun tak apa..

21 May 2010

Hizbollah sedia lancar perang terhadap Israel


Pejuang veteran, Abu Hadi ketika memandu menyusuri kubu kuat Hizbollah di Lembah Bekaa, Lebanon sempat berbicara mengenai kecanggihan ketenteraan kumpulan militan itu sejak kali terakhir berperang dengan Israel pada 2006.

"Saya percaya kekuatan ketenteraan kami kini jauh lebih baik. Kami ada banyak kejutan untuk Israel," katanya.

18 May 2010

Imaginasi, Impian dan Kenyataan…..

Kisah 1

Pembesar sebuah negara di rantau ini merupakan orang ke 100 terkaya didunia.

Pertambahan hartanya: 1 saat: RM 407.1 minit: RM 24,451.1 jam: RM 1,467,061.1 hari: RM 35,209,474.1 minggu: RM 180,061,060.1 bulan: RM 720,244,240.

Mempunyai sebuah pesawat Boeing 747 bernilai seratus juta dolar, dan kemudian dijadikan sebagai rumah dengan pengubahsuaian lebih dari seratus dua puluh juta dolar lebih kurang RM 396,960,010. Dia juga memiliki enam pesawat kecil dan dua helikopter:

Kereta yang dimilikinya:- Mercedes-Benz 531 buah,- 367 buah Ferrari.- 362 buah Bentleys- BMW 185 buah.- 177 buah Jaguar.- 160 buah Porsche.- 130 buah Rolls-Royce.-  20 buah Lamborghini..

 

Nak parking di mana ???

14 May 2010

Bersin ~ kelajuannya 250 km sejam !........



" Alhamdulilah " ~ syukur kehadrat Allah. Bersin ialah proses mengeluarkan udara dengan tiba-tiba lagi keras dari hidung dan mulut. Udara ini dapat mencapai kelajuan 250 km j-1. Ini merupakan tindakbalas badan yang bertujuan untuk mengeluarkan material halus (habuk) dan kuman dari kerongkong, saluran pernafasan dan paru-paru.

08 May 2010

` Demi buah tin dan zaitun`....


Buah tin yang sudah masak dan muda



cantik untuk hiasan




26 April 2010

Keagungan Ciptaan Allah Ta'ala

Firman Allah Ta'ala :

1) "Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi, serta silih bergantinya malam dengan siang itu adalah tanda-tanda - kekuasaan Allah - bagi orang-orang yang suka berfikir. "Mereka itu ialah orang-orang yang selalu berzikir kepada Allah ketika berdiri, duduk ataupun berbaring sambil memikirkan kejadian langit dan bumi. Mereka berkata:

MENGAPA MANUSIA DICIPTAKAN DAN APAKAH TANGGUNGJAWABNYA ?

Perlu kita perhatikan kepada tiga persoalan asas yang berkaitan dengan seluruh kehidupan kita. Persoalan-persoalan tersebut adalah:-

1. Dari manakah kita datang ?
2. Mengapakah kita didatangkan ?
3. Kemanakah kesudahan kita ?