Kisah 1
Pembesar sebuah negara di rantau ini merupakan orang ke 100 terkaya didunia.
Pertambahan hartanya: 1 saat: RM 407.1 minit: RM 24,451.1 jam: RM 1,467,061.1 hari: RM 35,209,474.1 minggu: RM 180,061,060.1 bulan: RM 720,244,240.
Mempunyai sebuah pesawat Boeing 747 bernilai seratus juta dolar, dan kemudian dijadikan sebagai rumah dengan pengubahsuaian lebih dari seratus dua puluh juta dolar lebih kurang RM 396,960,010. Dia juga memiliki enam pesawat kecil dan dua helikopter:
Kereta yang dimilikinya:- Mercedes-Benz 531 buah,- 367 buah Ferrari.- 362 buah Bentleys- BMW 185 buah.- 177 buah Jaguar.- 160 buah Porsche.- 130 buah Rolls-Royce.- 20 buah Lamborghini..
Nak parking di mana ???
Demikian kisah yang di e-mail oleh seorang rakan mr long pengurus mbicom ( sebuah syarikat bertaraf berbintang-bintang peringkat internasional )… mungkin sebagai bahan ujian untuk menilai adakah aku punya perasaan untuk jadi kaya raya… atau sudah mati rasa! …Alangkah seronoknya kalau aku juga memilikinya….. boleh itu…boleh ini.. boleh....boleh dan………..adakah ini satu imaginasi ??????
Kisah 2
Pengutip tin tinggalkan RM4.9 juta
STOCKHOLM - Seorang lelaki yang mengutip tin kosong dan makanan terbuang selama 40 tahun meninggalkan kekayaan berjumlah 1 juta (RM4.9 juta). Curt Degerman, 60, dikenali di sekitar bandar Skelleftea, utara Sweden, sebagai seorang pengutip tin kosong untuk dijual di kedai-kedai dan pusat kitar semula bagi mendapat wang. Namun, tidak seorang pun tahu bahawa dia menggunakan wang hasil jualan tin itu untuk membeli saham. Di sebalik penampilannya yang selekeh, Degerman sebenarnya berniaga saham selama 40 tahun.
balik memancing dalpoyee jangan buang sampah merata..!
Kalau orang tu boleh kenapa aku tak boleh…ada jugalah pendidikan, penampilan agak smart ! ( taklah selekeh sangat –Cuma tak minat pakai tile…. kadang-kadang terpaksa) boleh juga jadi kaya tapi kena kutip sampah juga ke ??????
Kisah 3
SUATU hari, ketika berada di dalam tren di kota London, Tony Buzan terdengar perbualan seorang kanak-kanak perempuan dengan ibunya. Tren yang dinaiki pada pagi itu bergerak pada kadar kelajuan luar biasa.
"Mak, alangkah baiknya kalau tren ini boleh bergerak pantas sehingga masuk ke hari esok bukan?" tanya anak kecil itu dengan seronok.
Imaginasi luar biasa anak berusia empat tahun itu bagaimanapun dibalas dengan teguran dan pukulan oleh ibunya. "Jangan fikir yang bukan-bukan!" tegur si ibu.
Senario itu bagi Buzan, jelas merupakan satu contoh klasik bagaimana masyarakat umum mentakrif imaginasi sebagai sesuatu yang tidak bagus, sekali gus menolak tabiat itu mentah-mentah.
Tony Buzan kagum dengan kredibiliti imaginasi si kecil tersebut. Sebabnya, beliau percaya setiap anak memiliki kebijaksanaan kreatif yang boleh diasah dan kreativiti itu lazimnya bermula dengan imaginasi
" Imaginasi itu penting. Setiap genius juga berkhayal. Malah, saintis terkemuka, Albert Einstein sendiri pernah mengakui imaginasi adalah elemen penting di sebalik kebanyakan kejayaan penemuan sainsnya.
Ringkasnya imaginasi kalau diuruskan dengan baik – disertakan dengan usaha yang gigih dan bertawakal kepada penciptaNya. Insyallah Berjaya…imaginasi, impian jadi kenyataan …. Bolehlah aku jadi kaya raya macam ................?????........... juga……….haaaaaaaaaa.
Tony Buzan
Tony Buzan
No comments:
Post a Comment