20 November 2010

ABE CIK WAT MASJID DI GRIK.....

Bersiap nak bertolak .. 7.30 am
 

 aku sorang kena tinggal..spm punya pasal !

 aku boleh gi !

17 November 2010

Qurban 10 Zulhijah 1431 H ---- menyembeleh sifat-sifat lembu pada diri kita !

Qurban sebagai  re-enactment peristiwa Nabi Ibrahim Nabi Ismail dan Siti Hajar amat menyayat dan menginsafkan jika dihayati keadaan dan peristiwanya.

Kebahagiaan' yang dikecapi tak semena-mena seakan mahu dimusnahkan dengan firman  Allah  agar Nabi Ibrahim menyembeleh anakandanya Nabi Ismail. Betapakah sedih dan pilunya Nabi Ibrahim dan Siti Hajar yang tentu seperti terhiris kalbu mereka seraya disira air limau. Namun firman-perintah yang diyakini daripada Allah itu hendak dilaksanakan jua. Betapa cekalnya iman seorang anakanda tunggal untuk menyatakan kepada ayahandanya agar tidak teragak-agak untuk melaksanakan firman Allah dengan sabar dan cekal serta dijanjikannya 'Insya Allah anakanda jua akan sabar ketika disembeleh oleh ayahandaku tersayang ! '

Ketika kemuncak peristiwa untuk menunaikan  perintah Allah. Nabi Ibrahim menyambut anugerah daripada tuhannya iaitu bebiri / kibas dikurban dan bukan anakandanya.
 Berqurban bukan sahaja SEKADAR menyembeleh seekor lembu TETAPI menyembeleh sifat-sifat lembu pada diri kita !.........apakah sifat-sifat lembu yang patut disembeleh .... JAHIL. SOMBONG,  TAMAK,  MALAS,  PENDENDAM,  BUANG MASA,  BERPOYA-POYA............................

Semoga diinsafi kita semua serta diberkati segala usaha kita, berkat penghayatan Qurban sebenarnya.

16 November 2010

BERHENTILAH merokok ! .....

“BERHENTILAH merokok. Simpan duit itu untuk buat kebaikan,” pesan Mohammad Ameen, 30, bekas perokok tegar yang mula merokok sejak belasan tahun lagi itu.
Lelaki yang berasal dari England Utara itu pernah membelanjakan sehingga RM30 sehari untuk menampung kos ketagihannya itu.



Namun, pada bulan Ramadan 2008, beliau memutuskan untuk berhenti sepenuhnya menghisap 25 batang rokok sehari yang selama ini dilakukannya itu.

30 October 2010

Saintis mahu rakam MIMPI


CALIFORNIA - Satu sistem yang akan membenarkan saintis merakam mimpi seseorang individu telah mula dibangunkan dalam satu penemuan luar biasa yang bakal membenarkan penyelidik 'melihat' ke dalam minda manusia.

Penyelidik, Dr Moran Cerf berkata, beberapa eksperimen sebelum ini membenarkan saintis 'membaca' minda manusia apabila cip elektrod ditanam ke dalam otak sukarelawan
"Kami mahu cuba merakam mimpi manusia. Ia tentunya sesuatu yang bagus untuk membaca fikiran manusia apabila mereka tidak mampu berkomunikasi, contohnya pesakit dalam keadaan koma," katanya.
Implan elektrod tersebut yang ditanam di dalam otak 12 penghidap sawan berjaya merakam aktiviti neuron di bahagian otak yang mengawal penyimpanan memori.
Cerf, dari Institut Teknologi California, yakin eksperimen itu menjadi asas bagi saintis untuk merakam dan mentafsir mimpi manusia. 
Pelbagai peralatan mungkin dapat dicipta, tetapi tak mungkin manusia dapat mencipta alat untuk mengukur dosa dan pahla !

07 September 2010

ROKOK ! ......... bILA LaGI NAK BERHENTI ?

Seorang BUDAK lelaki di Sumatera, Indonesia berusia dua tahun, Ardi Rizal yang mengejutkan dunia kerana menghisap 40 batang rokok sehari, akhirnya dapat menghentikan tabiatnya itu, kata seorang pegawai kebajikan kelmarin.



Dia berjaya meninggalkan tabiatnya itu selepas mendapat rawatan rapi di sebuah hospital di sini sejak Julai lalu dengan ditemani ibunya.
Sebelum ini klip video yang menunjukkan kanak-kanak itu menghisap rokok disiarkan di Internet pada Mei lalu.

01 September 2010

Ramadhan Beransur Kembali...... Semoga Kita Bersama Kembali.


Dua tetamu sedang berjalan di hadapan anda yang sedang menunggu di pintu rumah.  Ramadhan yang lebih mulia berjalan di hadapan sementara Syawal berjalan di belakang.  Siapa yang patut di alu-alukan  dahulu ? Tentu yang di hadapan iaitu Ramadhan - bukan sahaja kerana kemuliaannya tetapi kerana  dia berada di hadapan. Tentu kurang beradab jika mengalu-alukan  Syawal  yang  di belakang  tetapi buat  indah tak indah  dengan  yang di hadapan...



Begitulah kita selalunya.  Puasa baru bermula, sudah sibuk nak raya.  Puasa baru sehari dua, lagu-lagu Selamat Hari Raya dah berkumandang. Kad ucapan Hari Raya dah bertimbun. Ada yang dah sibuk membeli belah. Nampak sangat gopohnya kita nak raya dan seolah-olah berkata kepada Ramadhan yang mulia... cepat-cepatlah pergi!


17 August 2010

MEMBINA KETAHANAN JIWA DI MADRASAH RAMADHAN


BERPUASA Ramadan bukan sekadar berlapar atau dahaga, malah mempunyai rahsia dan nikmat lebih daripada itu. Dr Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.


Menguatkan Jiwa
Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.
Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya, bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi. Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia pada kesesatan.