Bandar Hilir
01 June 2011
REHAT DI MELAKA ~ NEGERI BERSEJARAH
6.15 pagi 26 Mei 2011 bertolak dari rumah. 3.00 ptg tiba di Melaka, tanpa sebarang masalah -Alhamdulilah. tinggal di Bukit Katil 2 malam. Dalam masa merayap di bandar melaka tanpa terduga terjumpa Cik Pi ~ jiran terdekat !...(tak royat pu ke dia nak gi melaka)... kecil sungguh dunia ni. Kepenatan memandu 9 jam terubat dengan pelbagai pemandangan yang menarik dan bersejarah. Perjalanan berpandukan GPS Gamin Nokia 5880 tidak mengecewakan... cuma terlalu banyak amaran had laju diberikan..... harap takada saman sampai lepas ni .
02 May 2011
Rehlah Sehari di Cameron highland.
QURAN adalah kitab bertulis dan ALAM adalah kitab kejadian Allah dalam bentuk fizikal yang berjisim untuk manusia berfikir akan KEKUASAAN DAN KEAGUNGANNYA. Berjalanlah di bumi , lihatlah dan fikirkan.. nescaya kamu akan kagum akan kekuasaannya..
Pelbagai bunga..
22 April 2011
` Menadah Kitab... Menerangkan Hati...Mohon Hidayah ..
Progoram `menadak kitab` setiap pagi isnin dan khamis di SMKBS sebagai satu usaha untuk membuka, mensucikan dan penawar kepada hati yang sentiasa terdedah kepada pelbagai kekotoran dunia. Mudah-mudahan hati menjadi lembut, bersih dan menjadi tempat pendaratan hidayah Allah. Menjadikan mereka insan yang cintakan agama, pejuang agama dan penjaga agama. Bencikan kejahatan dan maksiat serta pembenteras maksiat...Amin.
Kitab Pilihan " Penawar bagi Hati "
Tn Guru Hj Wan Yusoff Al Gentingni .......
.. kandungan pelajaran pada 21 April 2011
Tuan Pengetua dan guru-guru ...
..Tn Hj Ahmad, Ust Rahim (Tn Guru 2) dan
En Ghafar..
Pelajar SMKBS sedang tekun menadah kitab..
21 March 2011
03 March 2011
06 February 2011
Maulidul Rasul Menyemarakkan Syiar Islam
Ketika Dunia Islam sedang berhadapan dengan perang salib yang diterajui oleh bangsa Eropah, yang membawa kepada penaklukkan Baitulmuqadis pada tahun 1099 H dan mereka telah mengubah Masjid Al-Aqsha menjadi gereja. Ketika itu dunia islam sedang berpecah walaupun khalifahnya masih satu, tetapi tidak ada kesatuan, kehilangan semangat jihad dan ukhwah. Shalahuddin Al-Ayubi , sultan Mesir dari Bani Ayyub (570 – 950 H atau 1174 – 1193 M ) telah memperkenalkan Perayaan Maulid Rasul untuk membangkitkan semangat jihad kaum muslimin pada 12 Rabiul Awwal. Tujuannya untuk mempertingkatkan kecintaan umat islam kepada Rasululah SAW. Gagasan ini sebenarnya adalah cadangan dari saudara iparnya Muzaffaruddin Gekburi dari Syiria Utara.
Peringkat awalnya gagasan itu ditentang oleh para ulama, sebab sejak zaman Nabi perayaan itu tidak diadakan. Apalagi dalam islam hanya ada 2 hari raya iaitu Idul Fitri dan Idul Adha. Namun Shalahuddin menegaskan perayaan Maulid Rasul hanyalah untuk menyemarakkan syiar Islam, bukan perayaan yang bersifat ritual. Khalifah An Nashir di Baghdad juga bersetuju.
Pada musim haji 579 H / 1183 M Shalahuddin telah menyeru seluruh jamaah haji agar merayakan maulidid Rasul setiap tahun ditempat masing-masing. Salah satu kegiatan dalam perayaan maulid Rasuli yang pertama oleh Shalahuddin pada 580 H / 1184 M adalah sayembara menulis riwayat Nabi yang diikiti oleh sejumlah ulama dan sasterawan . Syaikh Jaafar Al Barzanji telah terpilih kerana keluhuran akhlaknya dalam bentuk syair yang panjang yaitu yang kita kenali sebagai Maulid Barzanji.
Peringatan Maulid Rasul yang digerakkan oleh Shalahuddin al-Ayubi ternyata berjaya menggelorakan semangat jihad kaum muslimin dalam menghadapi serangan perang salib. Shalahuddin al-Ayubi berjaya menghimpungkan kekuatan hasilnya Baitumuqadis berjaya ditawan pada 583 H ( 1187 M).
Pada masa sekarang kebanyakan negara merayakan Maulid Rasul samaada secara rasmi atau tidak. Adalah penting bagi kita memperingati Maulid Rasul sebagai bentuk syukur dan terima kepada Allah SWT atas kurniaNya yang agung dengan lahirnya Rasulullah SAW. Cuma agenda perayaan MESTIlah dalam bentuk yang memenuhi kehendak syarak. Bukan dengan cara yang boleh melalaikan kita dan terpesong dari tujuan asal perayaan Maulid Rasul
Aqiqah, Maulidul Rasul & Kenduri Kesyukuran .....abee lani
Berzanji - Pengisahan sejarah Rasullah
Selawat .. mendoakan kesejahteraan dan memuji Rasullah
14 January 2011
Additional Mathematics Effective Topical Practice SPM Questions.
Alhamdulilah. Tuhan memberikan kekuatan kepada saya untuk menyumbangkan dan berkongsi kemudahan untuk kegunaan pelajar-pelajar saya juga rakan-rakan. Mudah-mudahan usaha kecil ini membantu ke arah meningkatkan kecemerlangan Matematik. Dapatkan koleksi soalan dari laman `Cgllah Collections`.
Subscribe to:
Posts (Atom)