Ketika Dunia Islam sedang berhadapan dengan perang salib yang diterajui oleh bangsa Eropah, yang membawa kepada penaklukkan Baitulmuqadis pada tahun 1099 H dan mereka telah mengubah Masjid Al-Aqsha menjadi gereja. Ketika itu dunia islam sedang berpecah walaupun khalifahnya masih satu, tetapi tidak ada kesatuan, kehilangan semangat jihad dan ukhwah. Shalahuddin Al-Ayubi , sultan Mesir dari Bani Ayyub (570 – 950 H atau 1174 – 1193 M ) telah memperkenalkan Perayaan Maulid Rasul untuk membangkitkan semangat jihad kaum muslimin pada 12 Rabiul Awwal. Tujuannya untuk mempertingkatkan kecintaan umat islam kepada Rasululah SAW. Gagasan ini sebenarnya adalah cadangan dari saudara iparnya Muzaffaruddin Gekburi dari Syiria Utara.
Peringkat awalnya gagasan itu ditentang oleh para ulama, sebab sejak zaman Nabi perayaan itu tidak diadakan. Apalagi dalam islam hanya ada 2 hari raya iaitu Idul Fitri dan Idul Adha. Namun Shalahuddin menegaskan perayaan Maulid Rasul hanyalah untuk menyemarakkan syiar Islam, bukan perayaan yang bersifat ritual. Khalifah An Nashir di Baghdad juga bersetuju.
Pada musim haji 579 H / 1183 M Shalahuddin telah menyeru seluruh jamaah haji agar merayakan maulidid Rasul setiap tahun ditempat masing-masing. Salah satu kegiatan dalam perayaan maulid Rasuli yang pertama oleh Shalahuddin pada 580 H / 1184 M adalah sayembara menulis riwayat Nabi yang diikiti oleh sejumlah ulama dan sasterawan . Syaikh Jaafar Al Barzanji telah terpilih kerana keluhuran akhlaknya dalam bentuk syair yang panjang yaitu yang kita kenali sebagai Maulid Barzanji.
Peringatan Maulid Rasul yang digerakkan oleh Shalahuddin al-Ayubi ternyata berjaya menggelorakan semangat jihad kaum muslimin dalam menghadapi serangan perang salib. Shalahuddin al-Ayubi berjaya menghimpungkan kekuatan hasilnya Baitumuqadis berjaya ditawan pada 583 H ( 1187 M).
Pada masa sekarang kebanyakan negara merayakan Maulid Rasul samaada secara rasmi atau tidak. Adalah penting bagi kita memperingati Maulid Rasul sebagai bentuk syukur dan terima kepada Allah SWT atas kurniaNya yang agung dengan lahirnya Rasulullah SAW. Cuma agenda perayaan MESTIlah dalam bentuk yang memenuhi kehendak syarak. Bukan dengan cara yang boleh melalaikan kita dan terpesong dari tujuan asal perayaan Maulid Rasul
Aqiqah, Maulidul Rasul & Kenduri Kesyukuran .....abee lani
Berzanji - Pengisahan sejarah Rasullah
Selawat .. mendoakan kesejahteraan dan memuji Rasullah
Doa mohon keselamatan dan kesejahteraan
Kenduri Kesyukuran - Jiran, keluarga dan sahabat dijemput.
Lebih kurang 800 tetamu telah hadir.
No comments:
Post a Comment