10 October 2012

Kunjungan ku ke Rumah Mu - umrah 2012

Pertama kali Haji 2003, tidak pernah lekang dari ingatan. Betapa manisnya kenangan.... sering membuatkan aku bertambah rindu untuk berkunjung lagi ke rumah Mu...Masa dan keadaan menjadi kekangan...  Sesiapa yang pernah berkunjung ke Rumah Allah .. tentunya berhasrat akan mengujungi lagi..     Bahkan perasaan dan dorongannya lebih kuat dari orang belum mengunjunginya lagi.. Hasrat dan keinginan itu .. tanpa diduga dipermudahkan dan direstui Allah .. seorang rakan menawarkan untuk membiayai umrah. Syukur Alhamdulilah.. Tuhan Maha mendengar dan pemurah... Semoga tuhan memberkatinya.. ameen.



 Perancangan dibuat supaya perjalanan lebih selesa dan tidak memenatkan ! ... caranya ambil penerbangan terus KL ke Madinah.     Tapi Tuhan yang menentukan... penerbangan yang kami dapat:   Kl , Colombo , Kuwait , Jedah . Ini adalah ujian pertama untuk kami ...Namun kami terima .. tentu ada hikmatnya !


 Tiba di Colombo pagi Jumaat. Rombongan kami dibawa ke beberapa tempat menarik di colombo .. tapi kami kepenatan kerana penerbangan kami melalui cuaca yang kurang baik sehingga ada di antara yang pening dan muntah ... Ramai yang tertidur di atas bas..pemandu pelancung bercakap.. kami tak kisah apa ..Kira 12 tgh waktu tempatan kami tiba di perkampungan melayu ( ada orang melayu di colombo..rupanya !).. berhampirannya ada masjid.. kami berehat dan perut sudah berbunyi .... Duit banyak tapi Dollar US dan RM Malaysia - tidak bernilai.. kedai orang muslim ditutup awal hari jumaat.. jadi kami terpaksa berkongsi makan ringan..--w/pun sekeping biskut !  (Ujian ke duan untuk kami ).. teringat aku akan wang dan harta tidak bernilai kelak... hanya amal yang baik jadi bekalan. Lama kemudian baru kami dapat bekalan makanan selepas agen kami mencari merata bandar colombo... ketika itu sedap dan bernilainya walau sekeping roti capati... pengalaman ini sangat berharga buat kami ... menyedarkan kami betapa peritnya orang miskin yang sering kelaparan 



 Dari Colombo ke Kuwait , Jedah dan Mekah, kami tidak banyak mengalami masalah..Alhamdulilah. Penginapan dan Makan/minum OK semuanya.



Terlalu banyak perubahan dan pembangunan di sekitar Masjidi Haram . Ramai juga yang tidak bersetuju dengan pembinaan bangunan tinggi, katanya lebih tinggi dari bangunan masjid .... tapi kita terpaksa terima demi memenuhi keperluan tetamu Allah yang semakin bertambah.
Terlalu banyak perubahan yang berlaku di sekitar Masjidi Haram. Ketika 2003 (Haji) dan sekarang 2012 (umrah).

Bulan JUN cuaca sangat panas lebih 40 darjah celsius . Tetapi ia tidak menghalang jemaah untuk solat dan mengerjakan Umrah dan Ziarah :

Suasana waktu malam ..


Umrah..

Bukit Safa:


Tapak Tempat Perjanjian Hudabiah:


Ladang Unta:


Perkampungan Melayu di Mekah: Ramai juga orang melayu yang menetap di Makah asalnya dari selatan Thai , Indonesia dan Malaysia. Semasa Haji 2003 aku kerap bersama pekerja hotel Dal Marzuki ( Hotel ini telah diruntuhkan) orang pattani.. aku bertanyakan kenapa mereka tidak mahu balik ke tanah air ?.... jawabnya mereka seronok di sini..aku kurang faham ketika itu ... setelah balik baru aku faham ... bertuahnya dapat tinggal di tanah haram, tempat kelahiran nabi yang penuh keberkatan !

Perkampungan melayu:

Bersama Hj Mohamad Penduduk Melayu Mekah


Makanan Melayu Ala Arab


Setelah selesai mengerjakan umrah kami ke Madinah menziarahi Nabi dan ziarah disekitarnya yang penuh dengan sejarah. Kunjungan ke Masjid Nabawi yang berkubah Hijau tentu menitiskan air mata ketika kita hendak meninggalkannya.

Rombongan di Perkuburan Baqi bersebelahan Masjid Nabawi:




Sekitar Masjid -Payung besar :



Masjid Quba ( Masjid pertama yang Nabi bina):



Banyak tempat bersejarah yang perlu dilawati : Makam Suhada Uhud, Masjid Qiblatin. Masjid Tujuh, Ladang kurma dan Pasar kurma ... Masa terlalu singkat.
Sedih hendak meninggalkanNya ...... Semoga Allah memperkenankan dan menyampaikan lagi aku ke sini  ..   ameen.

















No comments:

Post a Comment