09 November 2011

Qurban ....... Berkorban Apa saja...

Tujuan ibadah qurban bagi umat islam adalah semata-mata mencari keridaan Allah. Ibadah qurban matlamatnya untuk memperkuat dan memperingkatkan ketaqwaan kepada Allah. Yang menjadi penilaian Allah adalah nilai ketaqwaan dari orang yang berqurban. Hal ini dijelaskan oleh Allah :
 

 "Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya." (QS Al Hajj:37).

Sikap  Nabi Ibrahim yang tidak membantah suruhan Allah walaupun suruhan itu tidak masuk akal amatlah mengkagumkan. “Apabila Allah memerintah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail, tanpa bantahan suruhan tersebut dilaksanakan”. Sikap anaknya iaitu Nabi Ismail juga yang menyuruh bapanya supaya melaksanakan perintah tersebut juga adalah satu lagi contoh teladan buat umat Islam dalam mentaati perintah Allah.


 




Sikap  Nabi Ibrahim yang tidak membantah suruhan Allah walaupun suruhan itu tidak masuk akal amatlah mengkagumkan. “Apabila Allah memerintah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail, tanpa bantahan suruhan tersebut dilaksanakan”. Sikap anaknya iaitu Nabi Ismail juga yang menyuruh bapanya supaya melaksanakan perintah tersebut juga adalah satu lagi contoh teladan buat umat Islam dalam mentaati perintah Allah.

 

 
         Qurban bermakna menyembelih / membuang safat-sifat  mazmumah di antaranya:
                     a) riyak
                     b) ujub
                     c) sum’ah
                    d) takabur atau sombong
                    e) hasad dengki
                    f) pemarah
                    g) dendam
                    h) bakhil
                    i) penakut
                    j) cinta dunia
                    k) gila pangkat
                    l) gila puji
                               m) Jahat sangka
                                                                                      n) Putus Asa

 
Mengambil sifat-sifat mahmudah antaranya:
a) jujur
b) ikhlas
c) tawadhuk
d) amanah
e) taubat
f) sangka baik
g) pemaaf
h) pemurah
i) syukur
j) zuhud
k) tolak ansur (timbang rasa)
l) sabar m) redha n) berani
o) lapang dada
p) lemah lembut
q) kasih sayang
r) selalu ingat mati
s) tawakal
t) takut Allah
 
Mudah-mudahan Allah menerima ibadat Qurban dan mendapat ganjaran yang dijanjikan. INSYALLAH.

06 August 2011

Khairiah Ramadhan Kota Bharu

Ramadhan bulan penuh dengan KEBERKATAN. Awal  dengan  RAHMAT  , pertengahan dengan PENGAMPUNAN DOSA    , akhir dengan PELEPASAN AZAB NERAKA . 

 Bertuahnya mereka yang dapat melaksanakan  ibadat puasa ramadhan di Tanah Haram & Solat terawih di Masjidi Haram / Masjid Nabawi. ...

 Jika kita tidak berpeluang  beribadat di sana, AMAT RUGI  jika tidak mengambil peluang berterawih di KHAIRIAH RAMADHAN  di Kota Bharu.  Sesaknya  makmum dari setiap tempat dan berimankan  Tok Arab dari Mesih yang tersohor --- Dengan suara, qiraat dan pelbagai program yang disusun . 

Sekurang-kurangnya mengubat rindu dengan Masjidi Haram / Masjid Nabawi  dan suara Iman-imannya yang sangat menusuk kalbu .. Ingatan 8 tahun lepas masih segar  dalam ingatan.... Mudah-mudah ALLAH akan mempersampaikan hamba ini  lagi .... 








Iman/Qari dari Mesir


Tazkirah selepas 2 salam







Berikan Rahmat, Keberkatan dan Keampunan ...

05 July 2011

Sampaikan walaupun sepotong ayat....

Kita sebagai muslim mukmin berkewajipan untuk ` berdakwah ' menyeru kearah kebaikan walaupun sepotong ayat dengan kaedah apa sekali pun ..... 
berdakwah semasa makan-minum dikedai kopi, di perhentian bas, di dalam kelas semasa mengajar
( walaupun bukan ustaz / ustazah)....
Menariknya dalam perjalanan pulang saya dari KB ke rumah saya terpandang satu kaedah yang `kreatif ' rakan kita ini .....
saya tersenyum sendirian...
Mudah-mudahan usahanya diberikan ganjaran oleh ALLAH !



01 June 2011

REHAT DI MELAKA ~ NEGERI BERSEJARAH

6.15 pagi 26 Mei 2011 bertolak dari rumah. 3.00 ptg tiba di Melaka, tanpa sebarang masalah -Alhamdulilah. tinggal di Bukit Katil 2 malam. Dalam masa merayap di bandar melaka tanpa terduga terjumpa Cik Pi ~ jiran terdekat !...(tak royat pu ke dia nak gi melaka)... kecil sungguh dunia ni. Kepenatan memandu 9 jam terubat dengan pelbagai pemandangan yang menarik dan bersejarah. Perjalanan berpandukan GPS Gamin Nokia 5880 tidak mengecewakan... cuma terlalu banyak amaran had laju diberikan..... harap takada saman sampai lepas ni .




Bandar  Hilir

02 May 2011

Rehlah Sehari di Cameron highland.

QURAN adalah kitab bertulis dan ALAM adalah kitab kejadian Allah dalam bentuk fizikal yang berjisim untuk manusia berfikir akan KEKUASAAN DAN KEAGUNGANNYA. Berjalanlah di bumi , lihatlah dan fikirkan.. nescaya kamu akan kagum akan kekuasaannya..

Pelbagai bunga..




22 April 2011

` Menadah Kitab... Menerangkan Hati...Mohon Hidayah ..

Progoram `menadak kitab` setiap pagi isnin dan khamis di SMKBS sebagai satu usaha untuk membuka, mensucikan dan penawar kepada hati yang sentiasa terdedah kepada pelbagai kekotoran dunia. Mudah-mudahan hati menjadi lembut, bersih dan menjadi tempat pendaratan hidayah Allah. Menjadikan mereka insan yang cintakan agama, pejuang agama dan penjaga agama. Bencikan kejahatan dan maksiat serta pembenteras maksiat...Amin.






  Kitab Pilihan " Penawar bagi Hati "                  




Tn Guru Hj Wan Yusoff Al Gentingni .......


       

         .. kandungan pelajaran pada  21 April 2011
  Tuan Pengetua dan guru-guru ...






 



 ..Tn Hj Ahmad,  Ust Rahim (Tn Guru 2) dan
En Ghafar..









Pelajar SMKBS sedang tekun menadah kitab..



21 March 2011

Tekun & Ceria bersama `cgllah collections`

Tekun

                                                                       Perbincangan

                                                                        guana ... afiq ?





semoga berhasil.....

06 February 2011

Maulidul Rasul Menyemarakkan Syiar Islam

Ketika  Dunia Islam sedang berhadapan dengan perang salib yang diterajui oleh bangsa Eropah, yang membawa kepada penaklukkan Baitulmuqadis pada tahun 1099 H dan mereka telah mengubah Masjid Al-Aqsha menjadi  gereja. Ketika itu dunia islam sedang  berpecah walaupun khalifahnya masih satu, tetapi tidak ada kesatuan, kehilangan semangat jihad dan ukhwah. Shalahuddin Al-Ayubi , sultan Mesir dari Bani Ayyub (570 – 950 H atau 1174 – 1193 M ) telah memperkenalkan Perayaan Maulid Rasul untuk membangkitkan semangat jihad kaum muslimin pada 12 Rabiul Awwal. Tujuannya untuk mempertingkatkan kecintaan umat islam kepada Rasululah SAW. Gagasan ini sebenarnya adalah cadangan dari saudara iparnya Muzaffaruddin Gekburi dari  Syiria Utara.
Peringkat awalnya gagasan itu ditentang oleh para ulama, sebab sejak zaman Nabi perayaan itu tidak diadakan. Apalagi dalam islam hanya ada 2 hari raya iaitu Idul Fitri dan Idul Adha. Namun Shalahuddin menegaskan perayaan Maulid Rasul hanyalah untuk menyemarakkan syiar Islam, bukan perayaan yang bersifat ritual. Khalifah An  Nashir di Baghdad juga bersetuju.
Pada musim haji 579 H / 1183 M  Shalahuddin telah menyeru seluruh jamaah haji  agar merayakan maulidid Rasul setiap tahun ditempat masing-masing. Salah satu kegiatan dalam perayaan maulid Rasuli  yang pertama  oleh Shalahuddin pada 580 H / 1184 M adalah sayembara menulis riwayat Nabi yang diikiti oleh sejumlah ulama dan sasterawan .  Syaikh  Jaafar Al Barzanji telah terpilih kerana keluhuran akhlaknya  dalam bentuk syair yang panjang yaitu yang kita kenali sebagai  Maulid Barzanji.

Peringatan Maulid Rasul yang digerakkan  oleh Shalahuddin al-Ayubi  ternyata berjaya menggelorakan semangat jihad kaum muslimin dalam menghadapi serangan perang salib. Shalahuddin al-Ayubi berjaya menghimpungkan kekuatan hasilnya Baitumuqadis berjaya ditawan pada 583 H ( 1187 M).
Pada masa sekarang kebanyakan negara merayakan  Maulid Rasul samaada secara rasmi atau tidak. Adalah penting bagi kita memperingati  Maulid Rasul sebagai bentuk syukur  dan terima  kepada Allah SWT atas kurniaNya yang agung dengan lahirnya Rasulullah SAW. Cuma  agenda  perayaan  MESTIlah dalam bentuk yang memenuhi  kehendak syarak. Bukan dengan cara yang boleh melalaikan kita dan terpesong dari tujuan asal  perayaan Maulid Rasul



Aqiqah, Maulidul Rasul & Kenduri Kesyukuran .....abee lani

 Berzanji - Pengisahan sejarah Rasullah 

 

Selawat .. mendoakan kesejahteraan dan memuji Rasullah