Qurban sebagai re-enactment peristiwa Nabi Ibrahim Nabi Ismail dan Siti Hajar amat menyayat dan menginsafkan jika dihayati keadaan dan peristiwanya.
Kebahagiaan' yang dikecapi tak semena-mena seakan mahu dimusnahkan dengan firman Allah agar Nabi Ibrahim menyembeleh anakandanya Nabi Ismail. Betapakah sedih dan pilunya Nabi Ibrahim dan Siti Hajar yang tentu seperti terhiris kalbu mereka seraya disira air limau. Namun firman-perintah yang diyakini daripada Allah itu hendak dilaksanakan jua. Betapa cekalnya iman seorang anakanda tunggal untuk menyatakan kepada ayahandanya agar tidak teragak-agak untuk melaksanakan firman Allah dengan sabar dan cekal serta dijanjikannya 'Insya Allah anakanda jua akan sabar ketika disembeleh oleh ayahandaku tersayang ! '
Ketika kemuncak peristiwa untuk menunaikan perintah Allah. Nabi Ibrahim menyambut anugerah daripada tuhannya iaitu bebiri / kibas dikurban dan bukan anakandanya.
Berqurban bukan sahaja SEKADAR menyembeleh seekor lembu TETAPI menyembeleh sifat-sifat lembu pada diri kita !.........apakah sifat-sifat lembu yang patut disembeleh .... JAHIL. SOMBONG, TAMAK, MALAS, PENDENDAM, BUANG MASA, BERPOYA-POYA............................
Semoga diinsafi kita semua serta diberkati segala usaha kita, berkat penghayatan Qurban sebenarnya.