07 September 2010

ROKOK ! ......... bILA LaGI NAK BERHENTI ?

Seorang BUDAK lelaki di Sumatera, Indonesia berusia dua tahun, Ardi Rizal yang mengejutkan dunia kerana menghisap 40 batang rokok sehari, akhirnya dapat menghentikan tabiatnya itu, kata seorang pegawai kebajikan kelmarin.



Dia berjaya meninggalkan tabiatnya itu selepas mendapat rawatan rapi di sebuah hospital di sini sejak Julai lalu dengan ditemani ibunya.
Sebelum ini klip video yang menunjukkan kanak-kanak itu menghisap rokok disiarkan di Internet pada Mei lalu.

01 September 2010

Ramadhan Beransur Kembali...... Semoga Kita Bersama Kembali.


Dua tetamu sedang berjalan di hadapan anda yang sedang menunggu di pintu rumah.  Ramadhan yang lebih mulia berjalan di hadapan sementara Syawal berjalan di belakang.  Siapa yang patut di alu-alukan  dahulu ? Tentu yang di hadapan iaitu Ramadhan - bukan sahaja kerana kemuliaannya tetapi kerana  dia berada di hadapan. Tentu kurang beradab jika mengalu-alukan  Syawal  yang  di belakang  tetapi buat  indah tak indah  dengan  yang di hadapan...



Begitulah kita selalunya.  Puasa baru bermula, sudah sibuk nak raya.  Puasa baru sehari dua, lagu-lagu Selamat Hari Raya dah berkumandang. Kad ucapan Hari Raya dah bertimbun. Ada yang dah sibuk membeli belah. Nampak sangat gopohnya kita nak raya dan seolah-olah berkata kepada Ramadhan yang mulia... cepat-cepatlah pergi!