18 December 2012

Hakikat Solat - Sejauh mana kita menghayati solat ?





Solat memberikan ketenteraman, memperteguhkan dan melapangkan hati – membuatkan hati terasa lega dan nyaman.  

Solat juga cara untuk menyambungkan hati dan roh kepada Allah, mendekatkan diri seorang hamba kepadaNya, meraih kenikmatan berzikir kepadaNya, meraih kenikmatan bermunajat kepadaNya dan meraih kenikmatan bersimpuh di hadapanNya. 

 

Semasa solat kita menggunakan seluruh anggota badan dan kekuatannya untuk menyembah Allah, memberikan hak kepada setiap anggota tubuh, melupakan pergantungan, hubungan dan keakraban sesama manusia dan menarik semua kekuatan hati dan anggota hanya untuk memberi  tumpuan kepada  Tuhan dan Penciptanya.


Solat juga adalah ubat yang sangat mujarab, perkara yang amat menyenangkan dan hidangan yang sangat lazat yang akan membawa kebaikan hanya kepada hati yang sihat - sebab hati yang sakit seperti tubuh manusia yang hanya boleh diisi dengan makanan dan minuman yang lazat.

                          Sejauh mana kita dapat menghayati solat ?....